Tentang KKM

My photo
Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
MISI: Menjana kecemerlangan mahasiswa dalam akademik, sahsiah dan kebudayaan kebangsaan. TEMA: Bersatu Membina Kecemerlangan. IMEJ: Kolej bertekad memartabatkan seni budaya nasional di kalangan mahasiswa.

Laporan Malam Apresiasi Wanita Kolej Keris Mas

Wednesday, October 21, 2009



Sabtu,10 Oktober 2009-Pada malam tersebut,telah berlangsungnya satu majlis gilang gemilang di kolej Keris Mas iaitu sambutan Hari Apresiasi Wanita.Majlis ini bertemakan ‘Pesona Wanita Warnasari Kehidupan’ serta berkonsepkan Floral Garden.Majis ini turut dihadiri oleh wartawan METRO dan Majalah Jelita.Majlis ini dianjurkan oleh Biro Siswi Kolej Keris Mas.Majlis tersebut bertempat di Dewan Besar Keris Mas.Majlis ini dihadiri oleh ramai para pelajar.Sebelum bermulanya majlis,para VIP terlebih dahulu menghadiri jamuan di dewan makan VIP.Selesai menjamu selera,para VIP disambut di Dewan Besar kolej.VIP pada malam tersebut ialah Dato’ Shahaniza Samsuddin(Alumni UKM) yang juga merasmikan majlis pada malam tersebut.Setibanya VIP,semua tetamu dan para pelajar menyanyikan lagu Negaraku dan Varsiti Kita.Seterusnya,para hadirin dijamukan dengan persembahan pembukaan tarian tradisional melayu oleh wakil pawana mas kolej.Kemudian,pengerusi majlis memberikan ucapan aluan diikuti bacaan doa.Majlis diteruskan dengan ucapan Pengarah Apresiasi Wanita dan ucapan perasmian majlis serta gimik perasmian.Selepas itu,majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada perasmi.Para tetamu juga turut berkesempatan menonton tayangan video ‘Tribute To Women’ dan persembahan tarian tradisional cina.Malam tersebut juga begitu istimewa kerana diselitkan juga dengan penyampaian Anugerah Pesona.Selesai anugerah,majlis juga diserikan dengan persembahan pelajar,iaitu,persembahan teater kelab sanggar mas kolej bertajuk ‘Bidadari Cinta’,nasyid,klip video tips kecantikan,cabutan bertuah,tarian tradisional india dan nyanyian.Kesemua persembahan pelajar pada malam tersebut amat memukau dan menghiburkan para tetamu yang hadir.Selesai semua persembahan,maka,majlis pada malam tersebut bersurai.

Sambutan Deeparaya Kolej Keris Mas



 
Pada hari Ahad, 4 Oktober 2009 di KKM telah berlangsungnya  majlis sambutan Deeparaya. Majlis ini diaanjurkan bersesuaian dengan “mood” warga KKM yang baru pulang dari kampung masing-masing setelah 10 hari bercuti hari raya. Istimewanya sambutan Deeparaya pada tahun ini adalah semua juadah yang dihidangkan kepada warga kolej ialah hasil air tangan barisan JAKSA dan sekretriat-sekretriat mereka. Antara juadah yang dihidangkan ialah lemang, aneka rendang, puding jagung, begedil, maruku dan wadey. Selain daripada itu, terdapat juga pameran budaya dibuat sempena menyambut seruan 1 Malaysia sebagai lambang perpaduan kaum.  Tentatif sambutan Deeparaya bermula dengan majlis minum petang  bersama TNC HEPA yang tidak dapat menghadirkan diri pada sebelah malam kerana menghadiri kursus. Sambutan Deeparaya tersebut diteruskan lagi pada sebelah malam dalam suasana penuh meriah dan warna-warni dengan  tarian dari etnik India dan nyanyian dari rakan-rakan kita yang berani menunjukkan bakat terpendam mereka. Rata-rata felo memberi komen yang positif mengenai organisasi majlis sambutan Deeparaya pada tahun ini kerana aturcaranya yang tersusun dan pengisian majlis yang mapan. Syabas dan terima kasih diucapkan kepada semua warga KKM yang ringan tulang dalam menjayakan majlis ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Diharapkan semangat kerjasama dan gotong-royong ini dapat terus dipupuk agar segala majlis yang dianjurkan di KKM dapat dijalankan dengan lancar dan penuh gemilang

Malam Perayaan Kuih Bulan Kelab Tiong Hwa Kolej Keris Mas 2009

Malam Perayaan Kuih Bulan Kolej Keris Mas dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu karnival dan persembahan. Carnival bermula pada pukul 4.00 pm dan berakhir pada pukul 8.40 p.m. manakala persembahan bermula pada pukul 9.00 p.m.
Jualan makanan di karnival bermula pada pukul 4.00 p.m. Terdapat pelbagai gerai yang menjual makanan seperti kek, kuih-muih dan minuman. Gerai permainan pula bermula pada pukul 5.30 p.m. dengan pelbagai permainan yang menarik seperti teka teki dan bowling. Pada pukul 7.50 p.m. , Felo Chin Yoong Fei telah merasmikan acara perakan tanglung yang bermula pada pukul 8.00 p.m. dan berakhir pada pukul 8.40 p.m. Selepas itu, semua orang berkumpul di Dewan Besar Kolej Keris Mas untuk menantikan ketibaan VIP, Jaksa dan Felo.
VIP, Jaksa dan Felo tiba pada pukul 9.00 p.m. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Varsiti Kita dan Lagu Kelab Tiong Hwa dan diikuti dengan ucapan oleh Ketua Pengarah Malam Perayaan Kuih Bulan Lim Siew Suan, Pengerusi Kelah Tiong Hwa Chuah Siong Seong dan VIP iaitu Pengurus Asrama Tn. Syed Kamarudin Bin Sadak. Tn. Syed Kamarudin Bin Sadak, Lim Siew Suan, Chuah Siong Seong dan kedua Felo Penasihat Kelab Tiong Hwa telah merasmikan majlis ini. Ketua Pengarah Lim Siew Suan kemudian menyampaikan cenderamata kepada Tn. Syed Kamarudin Bin Sadak.
Majlis diteruskan dengan tayangan multimedia yang menunjukkan detik-detik istimewa Kelab Tiong Hwa diikuti dengan pelbagai persembahan menarik, iaitu tarian tradisional Melayu, pertunjukan wushu, tarian tradisional India, nyanyian lagu Cina dan Melayu, crosstalk, tarian tradisional Cina, tarian moden, persembahan misteri oleh senior tahun kedua dan G-dance. Selain itu terdapat dua cabutan bertuah yang telah dijalankan.
Majlis berakhir pada pukul 11.30 p.m. dan VIP, Felo dan Jaksa telah meninggalkan dewan. Majlis bersurai pada pukul 11.35 p.m.

Portal Rasmi Kolej Keris Mas

Saturday, August 22, 2009

Cadangan pembinaan Portal Rasmi Kolej Keris Mas ini, telah diilhamkan pada tahun 2009 sebagai satu wadah alternatif untuk menjana aspirasi pelajar-pelajar kolej kerismas pada khususnya, bagi memajukan lagi kecemerlangan mahasiswa dalam akademik, sahsiah dan kebudayaan bangsa.
Dalam perancangan jangka panjang, struktur website ini dibina berbentuk portal yang akan menyediakan maklumat tambahan seperti Alumni Profile Database, Portal Pendidikan, Blogger, E-Commerce, 2 versi bahasa dan sebagainya. Doakanlah untuk kami agar perancangan ini berjaya dilaksanakan satu hari nanti.

Malam Suai Kenal Kelab Tiong Hwa Kolej Keris Mas Sesi 2009/2010

Tuesday, August 18, 2009


 

Malam Suai Kenal Kelab Tiong Hwa Kolej Keris Mas telah berlangsung pada hari Sabtu, 08 Ogos 2009. Acara tersebut bermula pada pukul 7.30 p.m. Pelajar-pelajar Cina yang terlibat berkumpul di Dewan Besar Kolej Keris Mas dan dibahagikan kepada 6 kumpulan unutk sesi suai kenal.
Pengurus Asrama Kolej Keris Mas, Tn. Syed Kamarudin Bin Sadak, barisan JAKSA dan barisan FELO tiba pada sekitar pukul 8.45 p.m. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Varsiti Kita dan lagu Kelab Tiong Hwa. Selepas itu, ketua pengarah acara Malam Suai Kenal ini, Yang Pei Ping, pengerusi Kelab Tiong Hwa, Chai Siang Shiong dan Tn. Syed Kamarudin Bin Sadak telah memberikan ucapan. Seterusnya, Majlis Suai Kenal Kelab Tiong Hwa dibuka oleh Tn. Syed Kamarudin Bin Sadak, Chin Yoong Fei sebagai FELO Kelab Tiong Hwa, Chai Siang Shiong dan Yang Pei Ping dan diikuti oleh pemberian cenderamata oleh Yang Pei Ping kepada Tn. Syed Kamarudin Bin Sadak.
Majlis diteruskan dengan pertunjukan multimedia video, sesi lafaz ikrar oleh AJK Kelab Tiong Hwa diketuai oleh Chai Siang Shiong, persembahan keyboard solo, tarian hip-hop, tarian tradisional Melayu, tarian tradisional Cina, tarian tradisional India, tarian moden, persembahan isyarat tangan dan G-dance. Majlis tamat sekitar pukul 10.15 p.m. dan tetamu-tetamu khas meninggalkan Dewan Besar diiringi oleh Chai Siang Shiong dan Yang Pei Ping.Pelajar-pelajar yang terlibat terus tinggal di Dewan Besar untuk sesi perkongsian dan nasihat diikuti dengan sesi pengambaran. Majlis bersurai pada sekitar pukul 11.20 p.m.






Gotong-royong KKM

Tuesday, August 11, 2009







Satu aktiviti gotong-royong anjuran Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i ( JAKSA ) telahpun dijalankan dengan jayanya pada hari Ahad yang lalu iaitu pada 2hb Ogos 2009 bertempat di semua blok Kolej Keris Mas. Aktiviti yang bermula seawal jam 7:30 pagi dan berakhir pada pukul 12:00 tengahari itu telah disertai oleh kebanyakan para pelajar tahun 1, serta turut dibantu oleh segelintir pelajar dari tahun 2 dan tahun 3. 
Objektif aktiviti ini dijalankan adalah khusus untuk menceriakan pemandangan kolej, di samping membersihkan kawasan kolej sebagai suatu langkah berjaga-jaga dalam mengelak daripada ahli-ahli kolej kediaman Keris Mas dijangkiti penyakit serta wabak yang tidak diingini. Di samping itu, aktiviti gotong-royong ini juga turut dianjurkan dengan tujuan untuk membantu para pelajar tahun 1 mengumpul markah generik serta menambah kenalan baru dari blok masing-masing. Selain itu, mereka juga berpeluang menjalinkan hubungan mesra bersama pelajar senior dan mengeratkan lagi silaturrahim yang sudah sedia terjalin. Antara aktiviti yang telah dijalankan pada hari tersebut adalah seperti aktiviti mengecat kawasan meletak kenderaan blok dan batu-batu pada sisi jalan, membersih dan menyapu longkang, serta melukis mural. 
Kesemua aktiviti ini dijalankan secara beramai-ramai dan telah pun dibahagikan secara sistematik mengikut kumpulan agar kerja yang dilakukan lebih cepat dan effisien. Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan kita yang ringan tulang serta sudi membantu dan menghulurkan tangan dalam mengubah panorama KKM menjadi lebih indah dan sejuk mata memandang. Akhir kata daripada pihak buletin, kami mengharapkan agar keceriaan serta kebersihan kolej kita dapat terus dikekalkan malahan dimantapkan lagi.

Laporan Ceramah Pemantapan PNGK

Sunday, August 2, 2009


Pada khamis 16 Julai 2009, satu sesi ceramah pemantapan PNGK telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Kebajikan Siswali (JAKSA) di bawah kelolaan Pengerusi Biro Akademik JAKSA. Bertempat di Dewan Besar Kolej Keris Mas, majlis itu dihadiri oleh para pelajar prasiswazah Tahun 1 serta turut dihadiri oleh Pengetua Kolej Keris Mas, Prof Madya Sallehuddin Haji Mohd Noor. Majlis ilmu itu turut diserikan lagi dengan kehadiran Felo Akademik Kolej Keris Mas, Cik Syamsuliana Yusof dan barisan JAKSA itu sendiri. Antara pengisian dan kandungan ceramah yang telah disampaikan oleh motivator kita pada malam itu, iaitu Puan Rohana Tan adalah mengenai sistem pendaftaran kursus, system penilaian gred dan pengurniaan ijazah. Ceramah seumpama ini amatlah berguna kepada para pelajar Tahun 1 bagi mereka memahami sistem akademik dan peperiksaan di universiti ini. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada barisan JAKSA kerana sudi menganjurkan majlis ceramah yang sangat bermanfaat serta diharapkan dapat membantu adik-adik baru kita untuk berjaya.

Ceramah dimulakan dengan slot sistem pendaftaran kursus. Di sini, para pelajar didedahkan dengan pembahagian kursus yang terdapat di UKM, seperti Kursus Fakulti dan Kursus Universiti. Kursus-kursus ini pula mempunyai banyak taraf yang harus difahami oleh para pelajar agar tidak timbul isu silap memilih kursus kelak. Pendaftaran dan pemilihan kursus ini juga haruslah bertepatan dengan bidang yang diambil serta minat para pelajar bagi memastikan PNGS dan PNGK para prasiswazah terus meningkat dan cemerlang dari semester ke semester. Kursus-kursus ini boleh diakses oleh para pelajar melalui laman web SMP dengan hanya menekan bar ‘gugur/tambah kursus’ pada minggu pertama sehingga minggu kedua pada tiap-tiap semester. Sesi ceramah diteruskan lagi dengan slot penilaian gred dan pengurniaan ijazah. Semasa sesi ini dijalankan, para prasiswazah diterangkan dengan sistem gred, nilai gred dan pemarkahan untuk peperiksaan yang bakal mereka duduki pada tiap-tiap semester. Puan motivator kita juga turut menyelitkan tentang perihal anugerah dekan dalam slot system pengurniaan ijazah. Para pelajar seharusnya mendapatkan PNGS sekurang-kurangnya 3.60 dan ke atas untuk merangkul anugerah tersebut dengan minimum 10 unit kursus telah didaftarkan. Di samping itu, para pelajar juga dinasihatkan agar menanamkan semangat untuk cemerlang sejak dari awal lagi untuk berjaya.

Twitter Updates

    ikuti kami di Twitter