Wednesday, October 21, 2009
Malam Perayaan Kuih Bulan Kolej
Keris Mas dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu karnival dan persembahan.
Carnival bermula pada pukul 4.00 pm dan berakhir pada pukul 8.40 p.m. manakala persembahan
bermula pada pukul 9.00 p.m.
Jualan makanan
di karnival bermula pada pukul 4.00 p.m. Terdapat pelbagai gerai yang menjual
makanan seperti kek, kuih-muih dan minuman. Gerai permainan pula bermula pada
pukul 5.30 p.m. dengan pelbagai permainan yang menarik seperti teka teki dan
bowling. Pada pukul 7.50 p.m. , Felo Chin Yoong Fei telah merasmikan acara
perakan tanglung yang bermula pada pukul 8.00 p.m. dan berakhir pada pukul 8.40
p.m. Selepas itu, semua orang berkumpul di Dewan Besar Kolej Keris Mas untuk
menantikan ketibaan VIP, Jaksa dan Felo.
VIP, Jaksa dan
Felo tiba pada pukul 9.00 p.m. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku,
Varsiti Kita dan Lagu Kelab Tiong Hwa dan diikuti dengan ucapan oleh Ketua
Pengarah Malam Perayaan Kuih Bulan Lim Siew Suan, Pengerusi Kelah Tiong Hwa
Chuah Siong Seong dan VIP iaitu Pengurus Asrama Tn. Syed Kamarudin Bin Sadak.
Tn. Syed Kamarudin Bin Sadak, Lim Siew Suan, Chuah Siong Seong dan kedua Felo
Penasihat Kelab Tiong Hwa telah merasmikan majlis ini. Ketua Pengarah Lim Siew
Suan kemudian menyampaikan cenderamata kepada Tn. Syed Kamarudin Bin Sadak.
Majlis
diteruskan dengan tayangan multimedia yang menunjukkan detik-detik istimewa
Kelab Tiong Hwa diikuti dengan pelbagai persembahan menarik, iaitu tarian tradisional
Melayu, pertunjukan wushu, tarian tradisional India, nyanyian lagu Cina dan
Melayu, crosstalk, tarian tradisional Cina, tarian moden, persembahan misteri
oleh senior tahun kedua dan G-dance. Selain itu terdapat dua cabutan bertuah
yang telah dijalankan.
Majlis berakhir
pada pukul 11.30 p.m. dan VIP, Felo dan Jaksa telah meninggalkan dewan. Majlis
bersurai pada pukul 11.35 p.m.
0 Komen:
Post a Comment