Tentang KKM

My photo
Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
MISI: Menjana kecemerlangan mahasiswa dalam akademik, sahsiah dan kebudayaan kebangsaan. TEMA: Bersatu Membina Kecemerlangan. IMEJ: Kolej bertekad memartabatkan seni budaya nasional di kalangan mahasiswa.

Laporan Malam Apresiasi Wanita Kolej Keris Mas

Wednesday, October 21, 2009



Sabtu,10 Oktober 2009-Pada malam tersebut,telah berlangsungnya satu majlis gilang gemilang di kolej Keris Mas iaitu sambutan Hari Apresiasi Wanita.Majlis ini bertemakan ‘Pesona Wanita Warnasari Kehidupan’ serta berkonsepkan Floral Garden.Majis ini turut dihadiri oleh wartawan METRO dan Majalah Jelita.Majlis ini dianjurkan oleh Biro Siswi Kolej Keris Mas.Majlis tersebut bertempat di Dewan Besar Keris Mas.Majlis ini dihadiri oleh ramai para pelajar.Sebelum bermulanya majlis,para VIP terlebih dahulu menghadiri jamuan di dewan makan VIP.Selesai menjamu selera,para VIP disambut di Dewan Besar kolej.VIP pada malam tersebut ialah Dato’ Shahaniza Samsuddin(Alumni UKM) yang juga merasmikan majlis pada malam tersebut.Setibanya VIP,semua tetamu dan para pelajar menyanyikan lagu Negaraku dan Varsiti Kita.Seterusnya,para hadirin dijamukan dengan persembahan pembukaan tarian tradisional melayu oleh wakil pawana mas kolej.Kemudian,pengerusi majlis memberikan ucapan aluan diikuti bacaan doa.Majlis diteruskan dengan ucapan Pengarah Apresiasi Wanita dan ucapan perasmian majlis serta gimik perasmian.Selepas itu,majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada perasmi.Para tetamu juga turut berkesempatan menonton tayangan video ‘Tribute To Women’ dan persembahan tarian tradisional cina.Malam tersebut juga begitu istimewa kerana diselitkan juga dengan penyampaian Anugerah Pesona.Selesai anugerah,majlis juga diserikan dengan persembahan pelajar,iaitu,persembahan teater kelab sanggar mas kolej bertajuk ‘Bidadari Cinta’,nasyid,klip video tips kecantikan,cabutan bertuah,tarian tradisional india dan nyanyian.Kesemua persembahan pelajar pada malam tersebut amat memukau dan menghiburkan para tetamu yang hadir.Selesai semua persembahan,maka,majlis pada malam tersebut bersurai.

1 Komen:

Igun said...

.....guys, tolong review pasal website and sistem aduan dalaman kolej keris mas, promote kt pelajar n ajak deorg untuk sentiasa keep in touch dengan website n sistem dalam talian kita. Yang busy sangat sampai xsempat nk pegi kaunter KKM untuk laporkan kerosakan kerusi-meja, bolehlah guna sistem aduan dalaman KKM tu untuk kerosakan tsb. thanks

Twitter Updates

    ikuti kami di Twitter